Banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang setakat pagi Selasa

Iklan
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat jam 9 pagi Selasa. - Foto fail Sinar Harian

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat jam 9 pagi Selasa.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang memandangkan rumah mereka digenangi air.

Iklan
Iklan

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan, setakat 9 pagi Selasa, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.01 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun. - Bernama

Iklan
Iklan