Jumlah pelajar ambil STEM kian merosot setiap tahun: Maszle

Iklan
Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik ketika mendengar taklimat oleh Sarena Zara Taufir Sarena dan Peminat Robotics Chloe Soh Ke Er (kedua, kanan) semasa kempen 'STEM4ALL' dengan kerjasama Microsoft Malaysia hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) merosot saban tahun, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata walaupun peranan STEM berkait rapat dengan pekerjaan baharu muncul dan industri digital yang berkembang pesat, namun penawaran bakat dalam bidang itu agak membimbangkan.

Iklan
Iklan

Menurut Maszlee pada tahun lepas, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada tahun 2012.

"Ini merupakan pengurangan purata kira-kira 6,000 pelajar setiap tahun," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Asia Bett dan Ekspo 2019 di sini hari ini.

Iklan

Pada majlis yang sama, Maszlee mengumumkan pelancaran kempen STEM4ALL, dengan objektif utama adalah untuk membina budaya keterangkuman di kalangan semua rakyat Malaysia mengenai pendidikan STEM.

Menurut Maszlee, antara usaha yang akan diambil di bawah kempen STEM4ALL adalah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pendidikan STEM.

Iklan

Beliau berkata sokongan akan diberikan kepada sekolah-sekolah untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti STEM dan kelab kurikulum yang boleh menimbulkan minat pelajar untuk mendaftar dalam aliran sains.

Maszlee berkata kerajaan juga mahu memperluaskan akses pembelajaran STEM kepada komuniti luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan pelajar dengan keperluan khas.

"Tahun ini, Kementerian Pelajaran juga akan mempraktikkan pendekatan untuk pergi ke sekolah-sekolah di pedalaman, sekolah-sekolah luar bandar yang hanya boleh diakses menggunakan bot dan jalan tanah merah.

"Kita mahu membawa STEM kepada mereka, dan bekerjasama dengan sekolah untuk menganjurkan aktiviti dan peluang pengalaman untuk mendedahkan STEM dalam kehidupan mereka," katanya.- Bernama