KOTA BHARU - Kerajaan disaran memperhalusi undang-undang sedia ada dalam usaha mengekang aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada terus berleluasa di negara ini.
Pengerusi Tetap Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Kebangsaan (MAYC) Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni berkata kerajaan juga perlu menimbang menguatkuasakan undang-undang terbabit selain meningkatkan pemantauan terhadap pengamal dan penyokong LGBT.