20 peratus murid Tahap Satu di Johor berdepan masalah 3M

Iklan
Mazlan (tengah) melancarkan Program Penjana KPT Cap@ Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Dianggarkan 20 peratus daripada keseluruhan 131,281 murid Tahap Satu di negeri ini berdepan masalah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka terlalu singkat menjejaskan penguasaan 3M.

Iklan
Iklan

Katanya, kemahiran 3M merupakan aspek penting yang perlu diberi penekanan kepada murid di Tahap Satu, membabitkan Darjah Satu, Dua dan Tiga.

Justeru, kerajaan negeri telah merangka satu program khas Didik Johor dengan peruntukan sebanyak RM450,000 bagi membantu murid keciciran mengusai kemahiran 3M.

Iklan

"Didik Johor yang akan dilaksanakan tahun depan akan dibantu oleh guru menerusi tuisyen dan sebenarnya lebih kepada kelas pemulihan.

"Program ini dikelolakan Yayasan Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA). Program perintis bermula sejak bulan lalu di Projek Perumahan Rakyat ( PPR) Desa Mutiara, PPR Kempas, dan PPR Bakar Batu," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Penjana KPT Cap@ Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar pada Selasa.

Dalam pada itu Mazlan berkata, seramai 500 graduan menganggur di negeri ini akan menerima manfaat program Penjana KPT-CAP Negeri Johor.

Tambah beliau, menerusi program terbabit graduan terutama anak Johor dan yang bermastautin di negeri ini akan memperoleh Sijil Perkhidmatan Makanan dan Perkhidmatan Baristar menerusi latihan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Sejak dua minggu lalu pendaftaran sudah dibuka. Kursus sijil antara lapan hingga 15 bulan ini adalah percuma.

"Graduan yang mengikuti kursus ini akan diberi elaun, makan minum dan tempat tinggal selain akan menjalani latihan sambil bekerja di premis McDonald sebagai pelatih pengurusan dan pengendali makanan.

"Mereka juga akan terus diserap bekerja secara automatik selepas tamat latihan. Program ini bagi membantu graduan menganggur dan masih gagal mendapat pekerjaan berikutan pandemik Covid-19," katanya.