Pertembungan Barca-Bayern ibarat final

Iklan
Memphis Depay

TONGGAK Barcelona, Memphis Depay menyifatkan pertembungan menentang Bayern Munich dalam aksi Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi Khamis ibarat perlawanan akhir.

Malah pemain Belanda itu menuntut skuad kendalian Xavi untuk menampilkan gaya permainan berintensiti tinggi dalam perlawanan yang menyaksikan Blaugrana tidak mempunyai pilihan kecuali menang.

Iklan
Iklan

"Perlawanan ini adalah peluang terakhir kami untuk mara ke pusingan seterusnya dan ia ibarat seperti final. Kami perlu menyediakan mental yang sangat baik dan perlu memberikan segala-galanya untuk mendapatkan keputusan positif buat pasukan.

"Setiap pemain perlu meletakkan fokus dan disiplin pada tahap tertinggi, kami mempunyai 90 minit untuk melakukannya mengubah suasana perlawanan. Keputusan Benfica juga terlibat dalam perlawanan ini, tetapi kami perlu fokus pada diri sendiri dan pergi ke sana memenangi perlawanan.

Iklan

"Cara kami mengayakan permainan adalah keputusan jurulatih, tetapi jelas kami suka tekanan tinggi dan menguasai bola. Kami suka mengawal permainan berdasarkan penguasaan bola," katanya yang merupakan penjaring terbanyak Barcelona musim ini.

Gergasi Catalan itu perlu menang untuk menjamin kemaraan dari peringkat kumpulan walaupun akan mara jika Benfica gagal menewaskan Dynamo Kiev.

Iklan

Barca berdepan tugas berat dalam usaha menewaskan skuad Julian Nagelsmann yang telah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya sebelum itu.

Memphis dijangka mengetuai serangan bersama Ousmane Dembele sekali lagi dalam mencipta keajaiban selepas bahagian itu sekadar meledak dua gol dalam saingan tertinggi kelab bola sepak Eropah tersebut.

Untuk rekod dalam perlawanan pertama di Nou Camp pada September lalu, Barcelona yang ketika itu dibawah kendalian Ronald Koeman tewas 0-3 kepada Bayern Munich.

Bayern Munich kini memimpin Kumpulan E dengan 15 mata, diikuti Barcelona ( 7 mata), Benfica (5 mata) dan Dynamo Kiev (1 mata).