Mas Ermieyati nafi pencemaran sungai, udara tidak boleh didakwa

Iklan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sesuatu pendakwaan di mahkamah adalah bergantung kepada hasil siasatan kes. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dakwaan menyatakan bahawa Peguam Negara, yang bertindak sebagai Pendakwa Raya, kadang-kadang tidak membenarkan pendakwaan dibuat terhadap mereka yang melakukan pencemaran sungai dan udara adalah tidak berasas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sesuatu pendakwaan di mahkamah adalah bergantung kepada hasil siasatan kes.

Iklan
Iklan

"Selaras dengan kehendak undang-undang di bawah seksyen 44, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 125), izin pendakwaan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada Pendakwa Raya.

"Arahan pertuduhan hanya akan dikeluarkan setelah Pendakwa Raya berpuas hati bahawa segala keterangan dalam kertas siasatan adalah mencukupi untuk membuktikan elemen pertuduhan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Iklan

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) adakah kerajaan berhasrat memberi kuasa pendakwaan kepada penguat kuasa seperti Jabatan Alam Sekitar supaya tindakan dapat terus diambil ke atas pihak yang mencemar sungai dan udara berikutan mendakwa pihak Peguam Negara kadang-kadang tidak membenarkan dakwaan dibuat terhadap pesalah alam sekitar itu.

Menjawab soalan tambahan Mukhriz sama ada campur tangan dari pihak berkepentingan hingga ada kes tidak mendapat kelulusan untuk dibawa ke mahkamah, Mas Ermieyati memberi jaminan isu pencemaran alam sekitar adalah amat serius dan pihaknya memberi jaminan tiada campur tangan yang boleh menjejaskan mana-mana siasatan atau pendakwaan. - Bernama

Iklan