Usanita platform usahawan wanita luar bandar pulihkan perniagaan

Iklan
Dari kiri, Abdul Rahman, Mahdzir, Adzliana dan Rosyam Nor semasa selepas Majlis Pelancaran Perintis Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB, di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita di luar bandar mempunyai satu lagi saluran untuk memulihkan perniagaan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 melalui Usanita.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, platform khas itu disediakan bagi membantu usahawan wanita luar bandar khususnya golongan B40 agar selari dengan arus perniagaan semasa yang berasaskan digital.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini, dalam usaha memperkasakan usahawan di luar bandar, kementerian telah memperkenalkan program DesaMall@KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk secara atas talian.

"Inisiatif ini adalah strategi di bawah Teras Dua Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluas Pasaran Termasuk Pemasaran Perniagaan Dalam Talian,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perintis Usanita, Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama KPLB di sini pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Menteri 1 KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datin Adzliana Hasan dan usahawan serta selebriti, Datuk Rosyam Nor.

Iklan

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, KPLB mengambil serius perkembangan dan pembangunan usahawan luar bandar khususnya dalam aspek pemasaran produk mereka dalam talian yang kini menjadi saluran yang sangat berkesan.

Tegas beliau, usahawan di luar bandar perlu mengambil peluang pemasaran secara digital dan tidak boleh ketinggalan dalam meluaskan pasaran produk mereka.

Jelasnya, penjenamaan dan pemasaran secara digital bukan sahaja boleh dimanfaatkan di dalam negara, malah melangkau pasaran seluruh dunia.

"Penjenamaan ini amat penting untuk membina nilai percaya pembeli terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan, kadangkala orang membeli bukan kerana faktor jenama semata-mata, tetapi kerana mereka ingin mengguna dan memerlukan produk itu.

"Jadi, di sinilah pentingnya penjenamaan dan pendigitalan produk usahawan walaupun mereka berada di luar bandar tetapi jualan produknya boleh menembusi pasaran satu dunia,” ujarnya.

Tambah Mahdzir, dalam fasa pemulihan kesan pandemik Covid-19, sudah tiba masanya usahawan luar bandar bangkit semula dengan memperkasakan

penjenamaan dan pendigitalan produk keluaran mereka sekali gus memulihkan ekonomi dan pendapatan mereka.

Sementara itu, Adzliana berkata, Usanita Sdn Bhd mengambil langkah tersebut bagi seiring dengan aspirasi untuk sama-sama membangunkan

para usahawan dalam era industri 4.0.

Jelasnya, rata-rata usahawan terjejas akibat serangan pandemik membuatkan mereka tidak dapat bangkit.

"Kami di Usanita melihat impak ini sebagai inisiatif baharu bagi melonjakkan kembali golongan B40 membina ekonomi keluarga dan perniagaan.

"Selari dengan aspirasi kerajaan tentang Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, Usanita cuba menyuntik semangat usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) B40 dengan program dan webinar bagi mereka mendepani cabaran pandemik ini,” ujarnya.