'Kalau kita tak ikut undang-undang, bagaimana rakyat nak ikut'

Iklan
Azalina - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Azalina Othman Said menegur Steven Choong Shiau Yoon (Bebas - Tebrau) kerana mengambil masa yang lama ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Selasa.

Azalina yang mempengerusikan sidang pada tengah hari tadi menasihatkan semua Ahli Parlimen supaya menghormati masa lima minit yang diberikan kepada mereka.

Iklan
Iklan

"Yang Berhormat, cukuplah. Banyak lagi orang nak berbahas. Yang Berhormat (Steven Choong terus berbahas, tidak berhenti). Ya ALLAH hai...,” katanya.

Kemudian, barulah Steven Choong berhenti dan Azalina kemudiannya menasihatkan semua Ahli Parlimen:

Iklan

"Kita ini rakyat tengah tengok kita, beratus ribu yang tengok. Kalau kita tak dapat ikut undang-undang, bagaimana kita nak rakyat ikut undang-undang.

"Jadi, kedua, tolonglah hormat sahabat-sahabat Yang Berhormat lain yang perlu berbahas. Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Gudang (Hassan Abdul Karim, PH). Lima minit Yang Berhormat,” kata Azalina.

Iklan

"Ya, saya akan ikut masa,” kata Hassan.

Ketika berbahas, Hassan menamatkannya selepas lima minit dan menyatakan beliau kotakan apa dikatakannya dan tidak mahu mengganggu masa Ahli Parlimen lain. - Awani