40 peratus anggota JBPM Kelantan sudah terima dos penggalak

Iklan
Zainal (tiga dari kiri) menyampaikan alat pemadam api kepada suri rumah terpilih semasa Program Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubok Stol, Rantau Panjang pada Selasa.

RANTAU PANJANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan 40 peratus daripada 1,245 pegawai dan anggota bomba sudah menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin, berkata, bagaimanapun pihaknya akan memohon kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) untuk mempercepatkan lagi suntikan dos penggalak kepada anggota yang belum menerimanya.

Iklan
Iklan

"Kita utamakan suntikan (dos penggalak) kepada anggota yang terlibat dengan operasi menyelamat musim tengkujuh," katanya selepas menghadiri Program Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubok Stol, di sini, pada Selasa.

Menurutnya, pengambilan suntikan itu merupakan usaha meningkatkan daya tahan anggota selain mengurangkan jangkitan Covid-19.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Zainal berkata, JBPM Kelantan sentiasa bersedia berdepan bencana banjir.

Tambah beliau, rondaan 24 jam sentiasa dilakukan di kawasan rendah dan sering dilanda banjir sebagai persediaan walaupun cuaca di negeri ini semakin baik.

Iklan

"Kita berharap penduduk di kawasan rendah sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa," katanya.