Hakeem al-Araibi dapat kerakyatan Australia

Iklan
Hakeem (kanan) bergambar bersama Menteri Luar Negeri, Marise Payne dalam satu majlis di Melbourne, hari ini.

SYDNEY - AUSTRALIA. Bekas pemain bola sepak yang juga pelarian dari Bahrain, Hakeem al-Araibi sah menjadi warganegara Australia dalam satu upacara di Melbourne hari ini.

Difahamkan, seramai 200 orang diberi kewarganegaraan Australia dalam upacara yang turut dihadiri Perdana Menteri, Scott Morrison dan Menteri Luar Negeri, Marise Payne.

Iklan
Iklan

Lapor media tempatan, Hakeem meraih markah 100 peratus ketika menduduki ujian kewarganegaraan.

Hakeem, 25, mendapat status pelarian dan pemastautin di Australia dua tahun lalu selepas meninggalkan Bahrain pada 2014 kerana dituduh merusuh semasa peristiwa Arab Springs pada 2011.

Iklan

Hakeem bagaimanapun menolak tuduhan tersebut.

Tahun lalu, kisah Hakeem tular di seluruh dunia selepas ditahan ketika berbulan madu di Thailand dan diancam dihantar pulang ke negara asalnya.

Iklan

Penahanan Hakeem dibuat atas arahan kerajaan Bahrain. - Agensi