KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,047 amaran bertulis dikeluarkan kepada pemilik premis makanan dan pelanggan yang merokok, sejak larangan merokok di tempat makan dikuatkuasakan Januari lepas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 20,351 daripada amaran yang dikeluarkan itu adalah terhadap tuan punya premis yang gagal meletakkan tanda amaran merokok, manakala 1,696 lagi amaran dikenakan kepada individu yang masih merokok di tempat makan.