86.6 peratus populasi remaja Malaysia lengkap vaksin

Iklan
Seramai 2,726,684 individu remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 2,726,684 individu atau 86.6 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Selasa.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,833,870 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Bagi populasi dewasa, 22,734,488 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi, manakala 23,058,008 atau 98.5 peratus dalam kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi vaksinasi harian sebanyak 124,499 dos vaksin diberikan pada Selasa melibatkan 4,538 dos pertama dan 6,538 dos lengkap serta 113,423 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,326,199 dos. - Bernama

Iklan
Iklan
Data sumber CovidNow