SELEPAS dua bulan lebih diijabkabulkan dengan suami Muhammad Faris Khairol Anuar, pelakon Elfira hari ini menerusi Insta story berkongsi luahan hatinya apabila ditanyakan soalan putus tunang oleh peminat.
Dalam luahan jujur dan terbuka tersebut, Elfira, mengakui dia pernah melalui fasa patah hati.
Begitu pun dia akur dengan takdir Tuhan.
"Sudah tentu saya melalui proses 'heartbroken' juga. Tapi El diam tak cerita dekat orang, tak tunjuk dan respon apa-apa sebab blur.
"Tak tahu nak percaya itu takdir atau ujian ataupun apa. Namun El banyak berdoa dan hanya percaya pada ibu bapa dan keluarga.
"Sikit-sikit benda tu kita akan nampak hint dia. Tapi kita kena percaya itu adalah petunjuk ALLAH.
"Dengan keredhaan dan kepercayaan kepada ALLAH SWT, ALLAH akan gantikan dengan kebahagiaan insya-ALLAH," coret EL di Insta Story.