GENEVA - Varian terbaharu Covid-19, Omicron tidak menyebabkan pesakit jatuh sakit dengan lebih teruk berbanding varian-varian pandemik itu yang lain, kata seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada AFP pada Selasa.
Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata dalam satu temu bual bahawa data-data awal menunjukkan Omicron tidak menyebabkan pesakit-pesakit yang dijangkitinya menjadi lebih teruk berbanding Delta dan varian-varian lain.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, katanya, lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan terhadap varian baharu tersebut.
Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada tanda-tanda bahawa Omicron boleh kalis perlindungan yang diberikan oleh vaksin Covid-19 ketika ini.
"Setakat ini, kami mempunyai vaksin yang mempunyai keberkesanan tinggi yang terbukti menentang semua jenis varian," kata doktor perubatan itu.
Varian baharu itu ditemui oleh para saintis di Afrika Selatan pada bulan lalu dan boleh bermutasi dengan kadar yang banyak serta mudah dijangkiti sehingga menyebabkan dunia tidak menerima pengembara dari negara-negara Afrika.
Namun, setakat ini tiada ada laporan kematian akibat Omicron. - Agensi