Biden, Putin bincang krisis Ukraine dan perjanjian nuklear Iran

Iklan
Biden dan Putin

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Selasa mengadakan panggilan video membincangkan pelbagai isu dua hala serta krisis Ukraine dan perjanjian nuklear Iran, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Biden"menyuarakan kebimbangan mendalam" AS dan sekutu Eropahnya tentang"peningkatan kuasa Rusia di sekeliling Ukraine dan menjelaskan bahawa AS dan Sekutunya akan bertindak balas dengan langkah ekonomi yang kukuh dan lain-lain sekiranya berlaku peningkatan tindakan ketenteraan," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu.B

Iklan
Iklan

Biden mengulangi sokongannya terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine dan menyeru agar pencerobohan dihentikan dan kembali kepada diplomasi, kata kenyataan itu.

"Kedua-dua presiden menugaskan pasukan masing-masing untuk membuat perbincangan susulan, dan AS akan berbuat demikian menerusi penyelarasan rapat dengan sekutu dan rakan kongsi," katanya.

Iklan

Kenyataan itu menyebut kedua-dua Presiden juga membincangkan dialog AS-Rusia mengenai Kestabilan Strategik, satu dialog berasingan mengenai perisian ransomware, serta kerjasama mengenai isu serantau seperti Iran.

Sementara itu, menurut kenyataan Kremlin, kedua-dua pemimpin dilaporkan akan memfokuskan kepada krisis dalaman di Ukraine semasa perbincangan bersemuka kedua mereka dalam tempoh enam bulan.

Iklan

Putin, menggunakan contoh khusus, menjelaskan kepada Biden mengenai"dasar pemusnah" kerajaan Ukraine dan menyatakan"kebimbangan seriusnya mengenai tindakan provokatif Kyiv terhadap Donbass."

Putin juga menegaskan yang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melakukan percubaan berbahaya untuk"menakluk wilayah Ukraine" dan sedang meningkatkan kehadiran tenteranya berhampiran sempadan Rusia.

Putin meminta Biden memberi jaminan bahawa NATO tidak akan mengembangkan kuasa ke arah timur dan tidak menggunakan senjata serangan berhampiran Rusia.

Sebagai syarat untuk membaiki hubungan dua hala, Putin menawarkan Biden agar menarik balik semua sekatan yang dikenakan ke atas fungsi misi diplomatik Rusia dan AS.

Biden dan Putin mengadakan pertemuan secara bersemuka pertama mereka dalam sidang kemuncak di Geneva pada Jun dan berbincang melalui panggilan telefon pada Julai. - Bernama