Balu, anak polis terima kurnia Tengku Anis

Iklan
Md Tahir (kiri) mewakili Raja Perempuan Tengku Anis menyampaikan kurniaan wang tunai kepada penerima pada majlis yang berlangsung di IPD Pasir Mas pada Selasa.

PASIR MAS - Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada Selasa berkenan mengurniakan pakaian dan wang tunai kepada balu serta anak-anak anggota polis Kelantan.

Kurniaan itu disampaikan Pegawai Khas Istana Mahkota Kelantan, Md Tahir Hassan yang mewakili Raja Perempuan Tengku Anis pada majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Selasa.

Iklan
Iklan

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan ketua-ketua polis daerah.

Sementara itu, Md Tahir berkata, seramai 100 penerima yang terdiri balu dan anak-anak yatim menerima sumbangan tersebut.

Iklan
Iklan