'Semakin dipujuk, semakin tinggi panjat pokok'

Iklan
Operasi menyelamat mangsa dilakukan berhati-hati oleh pihak bomba yang terlibat.

JELI - Seorang wanita berusia 50-an yang dipercayai berada di dalam keadaan separuh sedar terpaksa 'dipujuk' untuk turun dari sebatang pokok berhampiran kediamannya dalam satu kejadian di Kampung Lubok Dulang, Ayer Lanas, di sini awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 9.33 pagi itu, pihaknya dimaklumkan oleh anggota keluarga wanita berkenaan yang mangsa telah memanjat pokok berkenaan dalam keadaan bahaya.

Iklan
Iklan

"Keluarga mangsa memberitahu, semakin dipujuk, semakin tinggi dia naik. Kami juga dimaklumkan yang wanita berkenaan berada dalam keadaan kurang sedar akibat halusinasi.

"Pihak kami bergegas ke lokasi kejadian bersama sembilan anggota untuk operasi menyelamat dan setibanya di lokasi, wanita berkenaan masih berada di atas pokok tersebut dan naik semakin tinggi hampir sembilan meter," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Iklan
Wanita berkenaan dibawa turun dengan selamat menggunakan alat pengusung dan tangga.

Menurutnya, mangsa sememangnya berada dalam keadaan separuh sedar dan bertutur dalam percakapan yang kurang jelas sehingga menyukarkan pihaknya untuk memujuk serta memberi arahan untuk turun.

Beliau berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk memanjat pokok terbabit dan mengambil masa selama 10 minit meyakinkan wanita berkenaan untuk turun.

Iklan

"Semasa hendak di bawa turun, mangsa tidak sedarkan diri dan memaksa kami menggunakan alat pengusung serta tangga untuk memastikan dia selamat. Selepas itu kami serahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut," ujarnya.