Lelaki Nigeria rekrut wanita Thailand jadi keldai dadah ditahan

Iklan
Suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Suk Sawat Soi, semalam.

BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand berjaya memberkas seorang warga Nigeria yang merekrut wanita tempatan sebagai keldai dadah di luar negara.

Suspek, Paul Smith Brown ditahan di sebuah hotel di Suk Sawat Soi semalam, semasa berunding dengan anggota polis yang menyamar sebagai keldai dadah.

Iklan
Iklan

Biro Imigresen (IB) berkata, Brown, 34, menawarkan bayaran lumayan bagi setiap perjalanan untuk menyeludup keluar dadah dari Thailand.

Serbuan polis di bilik hotel suspek turut menemui 324 gram syabu yang disorok dalam stokin.

Iklan

"Susulan penemuan itu, polis dan pegawai imigresen menggeledah kondominium suspek di Rat Burana di Bangkok.

"Polis menemui alat penimbang yang digunakan bagi menimbang dadah di kediaman tersebut," kata Ketua IB, Surachate Hakparn.

Iklan

Katanya lagi, Brown kini berdepan tuduhan memiliki dadah dan memasuki Thailand secara haram. - Agensi