Kerajaan kembali dipersoal isu pemakaian pramugari

Iklan
Abdul Latiff Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen kerajaan membangkitkan persoalan sama ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk memperjuangkan hak pramugari untuk berpakaian menutup aurat ketika bertugas di dalam pesawat.

Abdul Latiff Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) berkata, ini kerana terdapat dalam kalangan mereka yang menutup aurat apabila tidak bertugas tetapi terpaksa membuka aurat kerana tuntutan kerja.

Iklan
Iklan

"Saya ingin menanyakan mengenai hak pramugari Muslimah untuk berpakaian menutup aurat semasa bertugas di dalam kapal terbang. Adakah pihak kementerian (KPWKM) bercadang untuk memperjuangkan hak pramugari ini untuk membenarkan mereka memakai pakaian yang sesuai sebagai model Muslimah.

"Ia khususnya menutup aurat kerana terdapat dalam kalangan mereka yang menutup aurat ketika berada di rumah atau di daratan tetapi tiba-tiba kerana tugas, demi sesuap nasi maka mereka terpaksa membuka aurat ketika di udara.

Iklan
Iklan

"Jadi, mohon perhatian kementerian mengenai perkara yang dibangkitkan ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi KPWKM di Dewan Rakyat pada Rabu.