PETALING JAYA - Seorang wanita warga emas maut akibat dilanggar sebuah lori ketika sedang melintas di kilometer (km) 17.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Damansara pada petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, warga emas berusia 60 tahun berkenaan disahkan maut di tempat kejadian.