Langkah pencegahan dan kawalan

Iklan

Pengembara dari luar negara bagi kategori Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara dan darat, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan One Stop Centre (OSC) untuk pelawat perniagaan jangka pendek, perlu menjalani ujian COVID-19 selama enam hari selepas tiba di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keperluan itu berkuat kuasa hari ini dan merupakan tindakan pengukuhan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada langkah pencegahan dan kawalan sedia ada, bagi mencegah kemasukan dan penularan varian Omicron ke negara ini.

Iklan
Iklan