Warga emas ditemui mati dalam tandas Melaka Sentral

Iklan
Melaka Sentral. (Gambar kecil: Siew See Hoy)

MELAKA - Mayat seorang warga emas lelaki ditemui di dalam tandas awam di Melaka Sentral di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada anggota yang bertugas di Pondok Polis Melaka Sentral berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira jam 11.45 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati warga emas terbabit dikenali sebagai Siew See Hoy, 80, ditemui dalam keadaan terlentang dan berdarah di kepala.

"Mayatnya ditemui kakitangan pembersihan selepas mendapati pintu tandas berkunci lama sejak lelaki itu masuk kira-kira jam 11 pagi. Hasil pemeriksaan mendapati barangan peribadi termasuk telefon bimbit dan beg duit turut bersama mangsa.

Iklan

"Warga emas berkenaan dipercayai baru sahaja menghantar pesanan tepung kepada peniaga di Melaka Sentral," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Afzanizar berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Iklan