BINTANG Argentina, Lionel Messi merampas status legenda Brazil, Pele selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman Amerika Selatan apabila menjaringkan dua gol ketika membantu Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Club Brugge 4-1 dalam aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara di Le Parc des Princes.
Bekas tonggak berprofil tinggi Barcelona berusia 34 tahun itu menjaringkan gol ketiga dan keempat untuk Les Parisiens kendalian Mauricio Pochettino dengan dua gol lagi diterjemahkan Kylian Mbappe.
Iklan
Iklan
Messi meledak jaringan pertama yang ke-757 pada minit ke-38' bagi menyamai jaringan Pele sebelum dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-76' untuk jaringan ke-758.
Dua gol itu yang terhasil di bumi Perancis itu menyaksikan Messi kini berstatus penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di belakang tonggak berpengaruh, Manchester United, Ronaldo yang telah mencetak 801 gol.
Untuk rekod, bintang Portugis itu sebelum ini menjaringkan gol ke-800 dan 801 ketika membantu The Red Devils menewaskan Arsenal 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford dengan pemain berusia 36 tahun itu meledak 686 gol peringkat kelab dan 115 gol peringkat antarabangsa bersama Portugal.
Untuk rekod, Ronaldo sebelum ini menjaringkan 450 gol ketika menyarung jersi Real Madrid, 130 (Manchester United), 101 (Juventus) dan lima (Sporting Lisbon), manakala Messi pula menjaringkan 672 gol diikuti enam lagi gol dalam 14 penampilan bersama Les Parisiens selain 80 gol bersama Argentina.
Artikel Berkaitan