Cari jalan robek kubu Laos

Iklan
Cheng Hoe

JENTERA serangan Harimau Malaya perlu mencari ‘jalan’ untuk menembusi benteng Laos dalam misi memburu kemenangan kedua pada aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, beliau menjangkakan barisan penyerang Harimau Malaya berdepan tugas berat selepas meneliti analisis aksi sulung Laos berdepan penyandang juara, Vietnam pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

"Kalau kita lihat, bahagian pertahanan Laos terutamanya defending third memang nampak kompak, berdisiplin. Kita lihat mereka bersungguh-sungguh dari segi pertahanan.

"Jadi bukan mudah untuk tembusi bahagian pertahanan mereka. Kami barisan jurulatih sedang bincang untuk mendapatkan formula atau kombinasi terbaik bagi dapatkan keputusan positif.

Iklan

"Saya rasa setelah meraih kemenangan yang agak baik dengan Kemboja, sedikit sebanyak ia memberi keyakinan buat pemain kita,” katanya dalam sidang media secara maya pada Rabu.

Cheng Hoe berkata, kemungkinan besar M Kogileswaran, Luqman Hakim Shamsudin, Arif Aiman Hanapi dan Shahrel Fikri Md Fauzi berada dalam kesebelasan utama selepas beraksi baik ketika menentang Kemboja.

Iklan

"Kita pemain seperti Kogi (Kogileswaran), Luqman, Ariff Aiman, Shahrel Fikri yang memberikan gambaran mereka mampu (menggalas tugas) jika diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama nanti.

"Mengenai (Guilherme) de Paula, barisan jurulatih juga menaruh harapan jika diturunkan, dia masih boleh beri tumpuan dan prestasi terbaiknya bagi menjamin kejayaan pasukan,” ujarnya.

Mengulas tentang penjaga gol baharu setelah Khairulazhan Khalid selain pemain sayap, Faizal Halim disahkan positif Covid-19, Cheng Hoe berkata, beliau mahu mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

"Kita tahu jika pemain diuji negatif, dia dapat kembali menyertai pasukan serta merta. Jadi sekarang ini kita berharap dia dapat kembali bersama pasukan secepat mungkin.

"Hari ini (Rabu) kita akan jalani ujian dengan harapan ujian itu menunjukkan keputusan negatif dan kita perlu mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Singapura untuk membenarkan mereka kembali bermain,” jelasnya.