Jangan buka aib kepada umum

Iklan
Gambar hiasan

DALAM kecanggihan teknologi pada masa kini terutama dari sudut komunikasi dan penyampaian, banyak medium atau aplikasi media sosial dibangunkan bagi memenuhi permintaan warga dunia.

Seiring dengan trend semasa, Merak Jalanan cuba membuka akaun TikTok. Sebelum ini memang Merak Jalanan tidak pernah mempunyai akaun TikTok, maklumlah sudah berusia. Lagipun aplikasi ini sememangnya diminati oleh orang muda.

Iklan
Iklan

Beberapa hari menggunakan aplikasi ini, Merak Jalanan dapat lihat kreativiti rakyat Malaysia dalam menghasilkan video pendek dengan pelbagai pengisian atau content.

Sedang asyik melihat pelbagai content di TikTok, Merak Jalanan ‘singgah’ sedikit lama pada satu hantaran yang mana pengisiannya berkisarkan kepada kisah terlanjur seorang wanita dengan kapsyen wujudkah lelaki yang tidak kisah tentang kisah lampau seseorang.

Iklan

Ia amat mengejutkan kerana pengakuan pernah terlanjur diumumkan secara terbuka dan dijadikan sebagai content oleh pemilik akaun TikTok itu sendiri.

Merak Jalanan bukanlah seorang yang alim tetapi Islam menganjurkan mereka yang telah melakukan kesalahan untuk kembali kepada ALLAH tanpa membuka dan menceritakan segala keaibannya.

Iklan

Sama seperti hadis Rasulullah SAW yang menyatakan seseorang yang melakukan dosa secara sembunyi dan kemudiannya pergi menceritakan dosa yang dilakukan kepada orang lain, maka mereka ini termasuk dalam perbuatan muhajarah (menceritakan dosa kepada orang lain). Perbuatan ini menyebabkan dia terkecuali daripada mendapat kemaafan ALLAH.

Bukankah ALLAH telah menutup aib kita selama ini dan mengapa perlu membuka aib sendiri.

Bagi Merak Jalanan perkara seumpama ini tidak perlu dijadikan sebagai satu content kerana dibimbangi menjadi ikutan dan berlaku normalisasi dalam kalangan masyarakat kita.