Bapa Shalin Zulkifli meninggal dunia

Iklan
Status dimuat naik Shalin di laman Facebooknya.

ZULKIFLI Mohd Ali, 71, bapa kepada ratu boling negara, Shalin Zulkifli, meninggal dunia dalam tidurnya pada petang Rabu.

Shalin dalam hantarannya di akaun Facebooknya berkata, tahap kesihatan bapanya itu telah mula merosot sejak beliau terkena serangan strok pada 2015.

Iklan
Iklan

"Saya harap anda akan dapat memaafkan bapa saya atas apa-apa kesilapan atau kesalahan di sepanjang hidupnya selama 71 tahun. Sila maklumkan pada saya jika arwah ayah ada berhutang dengan sesiapa... Insya-ALLAH kami akan cuba untuk membayar setiap orang, supaya beliau boleh pergi dengan tenang.

"Maafkan saya jika saya tidak dapat menjawab kepada setiap dan semua orang, tetapi kami amat berterima kasih atas doa semuanya,” kata bekas juara dunia dua kali itu, di Facebooknya malam Rabu.

Iklan
Iklan

Shalin berkata, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara kira-kira jam 10.45 pagi Khamis, selepas disembahyangkan di Surau Mutiara Damansara. - Bernama