Puluhan unta dilarang bertanding, disuntik Botox demi nampak cantik

Iklan
Pasukan pemeriksa dalam acara selama sebulan di Riyadh itu terpaksa menggunakan teknologi khusus dan canggih untuk mengesan sebarang percubaan melanggar syarat pertandingan. - Foto fail/ Reuters

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi menjalankan pembanterasan terbesar dalam pertandingan unta tercantik yang dianjurkan di negara itu, yang lazimnya menawarkan ganjaran hadiah lumayan.

Semuanya gara-gara mengenal pasti ada pemilik unta yang sengaja menyuntik muka unta mereka dengan Botox dan mengenakan hormon kosmetik melampau.

Iklan
Iklan

Sejumlah 40 ekor unta diumumkan tidak layak menyertai pertandingan unta tercantik tahunan itu.

Festival Unta Raja Abdulaziz itu memang menjadi ikutan ramai, dengan tumpuan utamanya adalah acara berkonsep ‘ratu cantik haiwan’ yang menawarkan hadiah terkumpul sejumlah AS$66 juta.

Iklan

Solekan biasa dan pemakaian persalinan berwarna-warni memang boleh dilakukan ke atas haiwan tersebut untuk menjadikannya lebih menarik, namun penggunaan Botox, suntikan ‘penyeri’ wajah dan beberapa jenis bahan yang mengubah kosmetik adalah sama sekali dilarang.

Para pengadil lazimnya, akan memberi markah dengan meneliti bentuk kepala, leher, persalinan dan postur unta tersebut.

Iklan

Pasukan pemeriksa dalam acara selama sebulan di Riyadh itu terpaksa menggunakan teknologi khusus dan canggih untuk mengesan sebarang percubaan melanggar syarat pertandingan.

Tahun ini, pihak berkuasa mengenal pasti puluhan penternak yang sengaja menarik bibir dan hidung unta agar kelihatan lebih muncung, selain menggunakan hormon tertentu sebagai penggalak otot, serta menyuntik Botox ke kepala dan bibir haiwan tersebut supaya kelihatan lebih menonjol.

"Persatuan ini sangat mengambil berat tentang perbuatan menokok tambah dan penipuan hanya untuk mencantikkan unta,” kata penganjur yang berjanji akan mengenakan denda yang berat kepada mereka yang melanggar peraturan.- Awani