KP Tourism Malaysia, Musa ganti Mirza

Iklan
SHAH ALAM - Datuk Musa Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu menggantikan Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab yang bersara semalam.
Tourism Malaysia dalam satu kenyataannya memaklumkan pelantikan itu dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Musa mula menyertai Tourism Malaysia pada Julai 1990 sebagai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Fasilitasi.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Sepanjang berkhidmat dengan Tourism Malaysia, beliau menjawat beberapa jawatan penting termasuk Pegawai Khas (Pelancongan) kepada bekas Menteri Budaya, Seni dan Pelancongan Malaysia Tan Sri Sabbaruddin Chik di antara 1997 dan 1998.
Musa juga pernah menjadi Pengarah Tourism Malaysia Paris dari 1998 hingga 2003.
Pengalaman beliau dalam Tourism Malaysia termasuklah dalam pembangunan pemasaran, korporat, promosi antarabangsa, promosi sokongan, dan pasaran tempatan.
Sebelum dinaikkan menjadi Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Musa menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Asia/Afrika Tourism Malaysia.