7 anggota pasukan pengaman terbunuh, tiga cedera letupan di Mali

Iklan
Ketua MINUSMA El-Ghassim Wane mengutuk sekeras-kerasnya serangan 'pengecut' ke atas pasukan pengaman sambil menegaskan bahawa ia boleh dianggap jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa. - Foto fail/Agensi

KIGALI - Tujuh anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terbunuh dan tiga cedera parah dalam satu serangan letupan di tengah Mali pada Rabu.

Konvoi logistik itu terkena bom buatan sendiri di wilayah Bandiagara, ketika dalam perjalanan ke bandar Sevare dari Douentza, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Mali (MINUSMA), Olivier Salgado.

Iklan
Iklan

Sementara itu, ketua MINUSMA El-Ghassim Wane mengutuk sekeras-kerasnya serangan 'pengecut', ke atas pasukan pengaman sambil menegaskan bahawa ia boleh dianggap jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

"Tragedi ini menambahkan lagi jumlah serangan ke atas pasukan pengaman di Mali,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Timbalan Ketua Setiausaha Agung untuk operasi keamanan PBB, Jean-Pierre Lacroix mengesahkan anggota pasukan pengaman yang terkorban sebagai warganegara Togol.

"Jenayah ini tidak boleh terlepas daripada hukuman,” ciapnya di Twitter.

Iklan

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu, yang berlaku susulan serangan baru-baru ini ke atas empat kem MINUSMA di utara Mali.

Misi PBB mencatatkan lebih 230 kematian sejak beroperasi di Mali bermula 2013, menurut data PBB.

Negara di utara Afrika Barat itu memerangi pemberontakan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda dan Daesh/ISIS sejak 2012.

Keganasan itu yang telah membunuh beribu-ribu orang awam dan tentera, juga telah merebak ke negara jiran Niger dan Burkina Faso. - Bernama