Tuchel kritik persembahan Chelsea

Iklan
Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengkritik persembahan yang ditampilkan anak buahnya selepas mereka melepaskan gol penyamaan pada masa kecederaan menentang Zenit Saint-Petersburg sekali gus gagal untuk menduduki tempat teratas kumpulan H dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, The Blues bermula garang apabila penyerang mereka, Timo Werner berjaya meledak gol pertama tatkala perlawanan masih berusia dua minit.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Zenit bangkit dengan menjaringkan dua gol untuk mendahului separuh masa pertama sebelum jaringan Romelu Lukaku dan Werner pada babak kedua meletakkan Chelsea kembali memimpin perlawanan.

Namun nasib tidak menyebelahi pasukan London itu apabila pemain tengah Zenit, Magomed Ozdoyev menjaringkan gol ketika perlawanan hanya berbaki lima minit yang menyaksikan Chelsea gagal mengutip tiga mata penuh.

Iklan

"Saya fikir kami bermain dengan baik pada 15 minit pertama yang sangat baik dan kemudian pasukan berhenti melakukan perkara tersebut.

"Apabila mereka gagal mempertahankan rentak permainan yang baik pada awal permainan ia akan menghukum pasukan dan memberi kelebihan buat lawan untuk jaringkan gol sama seperti menentang West Ham tempoh hari.

Iklan

"Pada pendapat saya, pasukan perlu bertanggungjawab dengan keputusan seri ini kerana mereka adalah pasukan yang lebih baik berbanding Zenit jika diikutkan dari segi pelaburan dan fizikal pemain,” katanya.

Untuk rekod, Chelsea kini menghuni tangga kedua kumpulan H dengan mengutip 13 mata dalam enam perlawanan di belakang Juventus yang mengutip 15 mata selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Malmo.