KUALA LUMPUR - Sebanyak 32 sekolah berisiko seperti sekolah berhampiran sungai, mengalami banjir dan hakisan tebing telah diluluskan untuk gantian penuh di tapak baharu, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, selain itu, sebanyak 86 sekolah yang menghadapi masalah banjir telah diselenggara dan dinaik taraf sejak 2016.