Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dibuka apabila selamat sepenuhnya

Iklan
Saarani

KAMPAR - Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang ditutup sementara waktu berikutan insiden tanah runtuh minggu lepas akan dibuka semula selepas Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan itu selamat sepenuhnya untuk dilalui semua jenis kenderaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini kerja-kerja pembersihan dan pembaikan sedang giat dijalankan dan proses pembaikan perlu dibuat secara berhati-hati bagi mengelakkan runtuhan berulang.

Iklan
Iklan

"Sekiranya terburu-buru (pembaikan), takut nanti kawasan itu runtuh semula dan kos pembaikan akan meningkat berganda.

"Jadi, JKR akan melakukan kajian terlebih dahulu termasuk melihat sama ada berlaku potensi pergerakan tanah di kawasan itu dan lain-lain tempat sebab air yang turun biasanya meresap ke dalam tanah di bukit dan kita tidak tahu apa berlaku di situ," katanya kepada pemberita selepas melawat Kapal Korek Tanjung Tualang No 5 atau TT5 di Tanjung Tualang di sini pada Khamis.

Iklan

Pada 2 Disember, seorang pemandu lori sayur, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, dan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36, maut selepas kenderaan mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di laluan Km 27.10 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Laluan ke Cameron Highlands ditutup

Iklan