MyTOWN KL lancar 'The Best Chrismas Yet-i'

Iklan
Kenyataan media MyTOWN KL.

PUSAT Beli-belah MyTOWNKL melancarkan 'The Best Chrismas Yet-i' bagi menyambut semangat perayaan Krismas pada tahun ini.

Pengurus Pusat MyTOWN KL, Mohd Azhan Che Mat berkata, 'The Best Chrismas Yet-i' yang diinspirasi berdasarkan kisah dongeng itu mempamerkan kecemerlangan Gunung Salji Yeti (Yeti Snow Mountain) yang mempesonakan bermula sekarang hingga 2 Januari tahun depan.

Iklan
Iklan

"Krismas ialah masa yang sesuai untuk meraikan cinta dan mencipta kenangan yang akan kekal selama-lamanya.

"Ia merangkumi semua emosi yang dikumpulkan untuk dihadiahkan kepada orang terdekat dan tersayang.

Iklan

"Dalam menyebarkan kegembiraan di musim perayaan ini, kami menghasilkan animasi yang penuh emosi namun memberi inspirasi untuk dirakamkan semangat berkongsi kasih sayang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohd Azhan berkata, untuk menyebarkan lagi semangat Krismas, MyTOWNKL turut menganjurkan lelongan amal bermula 1 hingga 14 Disember ini.

Iklan

Menurutnya, pembeli berpeluang membida untuk barangan kegemaran mereka pada nilai keinginan, seperti iPhone 13 terbaharu, pakej hotel untuk percutian yang ditaja oleh Royale Chulan dan banyak pilihan baucar penyewa menarik untuk musim beli-belah akhir tahun itu.

Ujarnya, semua hasil lelongan akan disumbangkan kepada Yayasan Sunbeams Home yang mengambil berat dan mengasuh anak-anak ibu bapa tunggal yang terlantar, didera dan diabaikan.

"Walaupun membeli-belah hadiah perayaan akhir tahun itu menggembirakan, kami menggalakkan pembeli kami untuk mengambil semangat Krismas dengan mengagumi hiasan yang menakjubkan dan aktiviti yang diadakan.

"Temui lebih banyak sorotan lelongan di laman web dan Facebook MyTOWNKL (@mytownshoppingcentre) dan bersedia untuk membida,” ujarnya.