Sultan Johor sempurnakan pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Iklan
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan merasmikan dan melawat Galeri Bandaraya Pasir Gudang. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Khamis berkenan berangkat menyempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Menara Aqabah, Pasir Gudang, di sini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menurut satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor pada Khamis.

Iklan
Iklan

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyaksikan penyerahan suratcara oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad sebelum Sultan Johor membacakan titah pengisytiharan.

Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan Datuk Bandar MBPG, Datuk Asman Shah Abd Rahman.

Iklan

Sultan Ibrahim turut berkenan merasmikan dan melawat Galeri Bandaraya Pasir Gudang. - Bernama

Iklan