Kibaran bendera parti-parti di Sarawak

Iklan


Sembilan hari menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan berlangsung pada 18 Disember, kibaran bendera parti-parti utama di Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat semakin memenuhi sekitar pekan Sibu ketika tinjauan hari ini.

GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) manakala PSB selaku parti pembangkang tempatan. - Foto Bernama