Celcom laksana perbelanjaan modal RM825 juta pertingkat rangkaian

Iklan
Idham

CELCOM Axiata Bhd sehingga kini telah melaksanakan perbelanjaan modal sebanyak RM825 juta untuk membangunkan 250 tapak rangkaian baharu dan mengoptimumkan 8,000 tapak dengan liputan dan kapasiti 4G yang telah dipertingkatkan di seluruh negara.

Pelaburan rangkaian ini telah meningkatkan liputan populasi 4G LTE dengan kualiti rangkaian yang lebih pantas terutama di Sabah, Pahang, Terengganu, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah, sejak sembilan bulan lepas.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Idham Nawawi berkata, pihaknya sedang memodenkan rangkaian dengan teknologi rangkaian terkini, termasuk teknologi Rangkaian Akses Radio (RAN) elemen lapan atena pancar dan lapan terima (8T8R) yang akan menambah baik kapasiti mudah alih dan pengalaman pengguna secara ketara.

Beliau berkata, penambahbaikan rangkaian Celcom juga termasuk penamatan perkhidmatan 3G yang akan membolehkan pihaknya memperuntukkan lebih banyak sumber rangkaian dan spektrum kepada 4G LTE, menjadikan rangkaian Celcom bersedia untuk rangkaian 5G.

Iklan

"Tumpuan berterusan kami pada pengurusan kos yang cekap, membolehkan penjimatan kos di samping mengekalkan keberuntungan.

"Menerusi pertumbuhan pelanggan yang menggalakkan, termasuk pertumbuhan pengguna daripada Operator Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO), inisiatif penjimatan kos Celcom tidak akan menjejaskan atau membebankan pelanggan kami sebaliknya ia membolehkan kami menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih inovatif pada harga berpatutan, terutama dalam pasaran perusahaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Celcom telah mencapai purata lebih 94 peratus liputan populasi LTE seluruh negara, dengan 98 peratus liputan populasi atau lebih tinggi di sembilan negeri. - Bernama