PASIR GUDANG - Exco Kesihatan, Dr Sahruddin Jamal menafikan dakwaan pengisytiharan 'red alert' yang tular di media sosial.
Mesej palsu itu menyebut pengurusan hospital telah mengisytiharkan 'red alert' dan meminta masyarakat bersedia.
"Arahan pengarah hospital, kehadapan keluargaku, sila pakai topeng muka N95 apabila keluar rumah.
"Pencemaran udara telah tersebar di Pasir Gudang. Ramai diantara orang yang duduk di Sri Alam dan Plentong masuk hospital. Angin bertiup kencang menyebabkan toksik dekat dengan kita," bunyi mesej tersebut.
Tular berita palsu itu juga menyebut seorang pelajar Tingkatan 2 maut susulan pencemaran kimia tersebut.
"Tidak betul," kata Dr Sahruddin ringkas melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.
Sebelum itu, Dr Sahruddin berkata, 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang yang diarah tutup mulai esok akan hanya dibuka semula sehingga tarikh ditetapkan kemudian.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Heret segera ke muka pengadilan, beri hukuman setimpal'
Terdahulu, pembuangan sisa kimia di sungai Pasir Gudang menyebabkan empat sekolah di daerah itu terpaksa ditutup dipercayai kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.