Penetapan sesi sekolah mula Mac berdasarkan peruntukan Akta 550

Iklan
Ketetapan sesi persekolahan 2022 dan 2023 untuk bermula pada Mac adalah berdasarkan peruntukan di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) iaitu berhubung dengan bilangan hari persekolahan.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ketetapan sesi persekolahan 2022 dan 2023 untuk bermula pada Mac adalah berdasarkan peruntukan di dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) iaitu berhubung dengan bilangan hari persekolahan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat pada Khamis berkata, sesi persekolahan itu akan dijadikan sebagai panduan dalam menetapkan sesi persekolahan pada tahun berikutnya.

Iklan
Iklan

"KPM (Kementerian Pendidikan) juga akan mengambil kira pelbagai faktor termasuklah situasi semasa dan maklum balas daripada pihak yang berkepentingan,” katanya menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang bertanyakan rasional pendirian kerajaan bahawa sesi persekolahan baharu akan bermula pada Mac setiap tahun. - Bernama

Iklan
Iklan