New Zealand haramkan rokok

Iklan
Langkah baharu New Zealand mengharamkan penjualan rokok mengikut umur setiap tahun bermula 2027. - Agensi

NEW Zealand mengumumkan rancangan untuk mengharamkan rokok secara berkesan iaitu menaikkan had umur pembeli produk berasaskan tembakau yang sekali gus melarang remaja membeli rokok secara sah.

Ketika ini, New Zealand telah mengharamkan penjualan rokok kepada mereka di bawah umur 18 tahun dan Menteri Kesihatan Bersekutu, Ayesha Verrall berkata, mulai 2027 larangan umur akan meningkat setiap tahun untuk memastikan kohort bebas asap rokok.

Iklan
Iklan

"Kami mahu memastikan orang ramai tidak mula merokok...apabila usia mereka meningkat dan masa depan generasi tidak dapat membeli tembakau secara sah kerana hakikatnya tidak umur yang selamat untuk merokok,” katanya.

Katanya, kerajaan akan menggubal undang-undang bagi larangan tempat menjual tembakau dan hanya produk rendah nikotin dibenarkan berada dalam pasaran.

Iklan

Verrall menambah langkah tersebut sebagai mengekalkan peranan New Zealand sebagai pelopor global menyekat tembakau iaitu tindakan sama melarang penajaan produk tembakau dalam acara sukan tahun 1990 dan di bar pada 2004.

"Ia hari bersejarah demi kesihatan rakyat kami.

Iklan

"Merokok masih menjadi punca utama kematian yang boleh dicegah di New Zealand dan menyebabkan salah satu daripada empat kanser,” katanya. - AFP