Pele redakan kebimbangan peminat bola sepak dunia

Iklan
Gamabr terkini Pele yang menerima rawatan di Hospital Albert Einstein. - Foto instagram Pele

LEGENDA bola sepak dunia, Pele meredakan kebimbangan peminat bola sepak dunia mengenai tahap kesihatannya apabila memuatnaik satu hantaran di instagram berkenaan situasi terkini berkenaan dirinya.

Dalam hantaran tersebut, bekas pemain Brazil itu dilihat tersenyum ketika berada di katil hospital tempat dirinya dirawat.

Iklan
Iklan

"Kawan-kawan, sejak 30 September, ketika saya meninggalkan hospital, anda tahu bahawa saya telah menjalani sesi kemoterapi yang merupakan sebahagian daripada rawatan saya.

"Hari ini saya berada di Albert Einstein melakukan sesi terakhir 2021. Saya ingin berkongsi pencapaian ini dengan anda. Lagipun, setiap kemenangan kecil perlu diraikan bukan?

Iklan

"Saya akan melakukan beberapa lagi ujian dan akan berada di sini untuk beberapa hari lagi. Jangan risau, saya baru bersiap untuk musim cuti," katanya.

Sebelum ini pada Rabu, Hospital Albert Einstein dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Pele telah dimasukkan ke hospital semula bagi menerima rawatan susulan berkenaan penyakitnya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, Pele dilaporkan dalam keadaan stabil dan dalam perjalanan untuk pulang ke rumah dalam beberapa hari.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pemain berusia 81 tahun dilaporkan dimasukkan ke hospital.

Sebelum ini Pele pernah menjalani pembedahan prostat pada 2015 selepas dimasukkan ke hospital dua kali dalam tempoh enam bulan, selain dimasukkan ke hospital semula kerana jangkitan kuman pada 2019.

Bekas penyerang Santos itu merupakan satu-satunya pemain yang pernah menjulang trofi Piala Dunia bersama Brazil iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970 selain turut menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman skuad samba apabila meledak 77 gol dalam 92 penampilan.