Tiga lelaki melecur, rumah sewa terbakar

Iklan

BUTTERWORTH - Tiga rakan serumah melecur di beberapa bahagian badan selepas rumah sewa mereka di flat Taman Desa Cemara, Perai, di sini terbakar hari ini.

Dalam kebakaran kira-kira pukul 7.20 petang itu, Mohamad Haniff Md Saad, 23, Muhamad Aidil Mat Razali, 19, dan Muhammad Rifatullah Mahrip, 20, mengalami kecederaan melecur namun keadaan mereka stabil serta tidak serius.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah flat di tingkat tiga sedang terbakar di bahagian ruang tamu.

"Terdapat tiga mangsa melecur termasuk seorang daripadanya terperangkap dalam rumah itu namun berjaya diselamatkan pihak bomba.

Iklan

"Kesemua mereka dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut," katanya di sini.

Beliau berkata kebakaran yang melibatkan 50 peratus rumah itu berjaya dikawal kira-kira pukul 7.35 petang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian. - Bernama

Iklan