Gerrard enggan dibuai emosi

Iklan
Gerrard - Foto Getty Images

PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard enggan terlalu dibuai emosi dengan ‘kepulangannya’ ke Anfield pada Sabtu dah berazam mengemudi skuad kendaliannya itu mencatatkan kemenangan berdepan Liverpool.

Menurut Gerrard, biarpun menyedari Villa bakal berdepan tentangan sengit The Reds, kesemua pemain diminta untuk memberikan aksi terbaik masing-masing dalam usaha merealisasikan misi kemenangan.

Iklan
Iklan

"Kami sebenarnya bukan mahu menandingi Liverpool tetapi kami berazam untuk memberikan segala-galanya (aksi terbaik).

"Bagi kami, kedua-dua pasukan berada pada tahap yang sama ketika ini dan disebabkan itu, kami akan beraksi habis-habisan pada perlawanan ini,” katanya.

Iklan

"Oleh itu, kami hanya mahu ke sana (Anfield) dan merealisasikan misi kemenangan yang diinginkan,” katanya.

Aksi kedua-dua pasukan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini sambil menyifatkannya sebagai perlawanan yang bakal berlangsung dengan penuh emosi.

Iklan

Untuk rekod, Gerrard yang mula menyertai Liverpool sejak berusia sembilan tahun turut merekodkan 504 penampilan bersama The Reds selain muncul selaku kapten paling berpengaruh di Anfield.

Selain itu, Gerrard juga disifatkan selaku watak penting yang membantu kebangkitan dramatik Liverpool pada aksi final Liga Juara-Juara 2005 lalu dengan menewaskan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 3-3 hingga tamat masa tambahan.

Sejak kali terakhir beraksi di Anfield pada 2015, Gerrard bertindak selaku pengendali di akademi Liverpool sebelum berkelana mengemudi skuad Liga Scotland, Rangers dan kini kembali semula ke EPL bagi menggantikan Dean Smith yang dipecat Villa pada November.