Pemandangan di Pusat Bandar Saratok yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian ketika tinjauan, hari ini.
Semalam Naib Pengerusi Bersatu Sarawak Datuk Ali Biju mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Krian dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Dalam satu kenyataan, penyandang kerusi DUN berkenaan berkata beliau menginsafi hakikat bahawa keputusannya bertanding di kerusi itu akan menjejaskan hubungan baik antara Bersatu dan GPS. - Foto Bernama