Beberapa pengunjung menyertai sukan rakyat ketika hadir pada Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Program yang berlangsung selama empat hari bermula semalam itu mempunyai lebih 130 reruai melibatkan 31 kementerian dan 102 usahawan di program tersebut, selain pelbagai pengisian menarik seperti Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia serta diskaun saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia. - Foto Bernama