PUTRAJAYA - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengambil tegas terhadap pelajar yang terlibat dalam rakaman kejadian pukul di sebuah asrama yang tular pada Jumaat.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengarahkan pihak pengurusan Mara untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan.
"Kami tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku buli seperti yang tular di media sosial hari ini. Tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada sekiranya rakaman tersebut adalah benar.
"Mara tidak sesekali memberi ruang kepada sebarang tindakan atau perbuatan salah laku yang menyalahi etika kemanusiaan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap rakaman berkenaan.
"Mara tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melakukan sebarang salah laku atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, peraturan dan tata etika di mana-mana premis seliaan kami pada bila-bila masa," tegas beliau.
ARTIKEL BERKAITAN: 'MARA akan ambil tindakan segera terhadap pelaku'
Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah