KANGAR - Pengusaha ikan kering berharap laporan jemuran ikan kering yang dipijak dan dimakan anjing di Langkawi seperti dilaporkan media baru-baru ini diharapkan tidak memberi tempias kepada perniagaan mereka.
Pengusaha dari Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis, Siti Zawiyah Abdul Latif, 54, berkata, beliau bimbang insiden tersebut mampu memberi kesan seperti mana pendedahan jijik pemprosesan udang kering di Perak dahulu.
Jelas Siti Zawiyah, pihaknya mementingkan aspek kebersihan dalam penghasilan ikan kering bermula dari proses pembersihan sehinggalah dijual kepada peraih ataupun pemborong.
"Kami basuh, cuci, baru kita jemur dan sampai dua hari tu kita jemur. Lepas itu, pada sebelah petang kita angkat dan terus hantar ke pasaran.
"Ikan yang dijemur kami tak letak di bawah. Jika letak bawah akan nampak kotor. Jadi kami letak atas tempat jemuran khas, orang nampak pun bersih," katanya.
Menurutnya, beliau sangat menitikberatkan kebersihan sejak 20 tahun berkecimpung dalam industri tersebut.
Sebelum ini, Pejabat Perikanan Negeri Kedah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah turun ke lokasi untuk menyiasat perkara tersebut selepas pendedahan pemprosesan ikan kering yang telah didapati dijalankan secara tidak bersih.
Bagaimanapun, ikan yang dikeringkan seperti yang dilaporkan media tersebut bukannya bagi tujuan industri hiliran untuk dijadikan sebagai ikan masin sebaliknya dijual sebagai ikan baja untuk baja tanaman ataupun kepada kilang pemprosesan serbuk ikan.