Israel tutup Baitulmaqdis

Iklan
Seorang wanita Palestin dihalang masuk ke Kota Lama Baitulmaqdis oleh polis Israel.

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Polis Israel mendakwa rusuhan di Baitulmaqdis memaksa mereka menutup akses ke kota suci itu semalam, selepas berlaku ketegangan di beberapa lokasi.

Polis Israel berkata kawasan Masjid Al-Aqsa dikosongkan selepas bom petrol merosakkan pondok polis.

Iklan
Iklan

Tiga orang ditangkap, kata polis, manakala Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan dua orang cedera.

Sementara itu, penduduk berkata polis juga melarang warga Palestin masuk ke Kota Lama Baitulmaqdis.

Iklan

Masjid Al-Aqsa adalah salah satu daripada tiga tempat paling suci dalam Islam.

Terletak di timur Baitulmaqdis, masjid itu diduki Israel semasa Perang Enam Hari 1967. – AFP

Iklan