KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya memperoleh bayaran saman berjumlah kira-kira RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam sepanjang pelaksanaan tawaran diskaun saman sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sejak Khamis.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jumlah tersebut melibatkan jumlah pembayaran saman sebanyak 287,500 di semua saluran termasuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kaunter trafik seluruh negara.