SHAH ALAM - Syarikat terkenal, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) turut menjalinkan kerjasama dalam misi Konvoi #RasuahBusters yang akan menjelajah ke seluruh negara dalam menyampaikan mesej antirasuah.
F&N memberikan sumbangan berupa air minuman kepada kru jelajah #RasuahBusters.
Iklan
Iklan
Pengurus Tajaan dan Acara F&N, Muhammad Fauzi Ahmad berkata, gerakan murni itu bagus dalam mendidik masyarakat tentang bahaya dan bahana rasuah yang menular dalam negara.
"Kalau tidak dapat dihapuskan setidaknya kita boleh kurangkan dengan usaha dari Konvoi #RasuahBusters ini,” katanya ketika ditemui Kru Rasuah Busters.
Muhammad Fauzi berharap masyarakat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan agama turut serta memberikan sokongan kepada misi Konvoi #RasuahBusters dengan hadir ke lokasi yang ditetapkan.
Turut sama memberi sumbangan gerakan konvoi ini adalah Gardenia Bakeries yang membekalkan sarapan pagi kepada kru konvoi.
Konvoi #RasuahBusters bermula pada 9 Disember bersempena Hari Antirasuah Antarabangsa dan dijangka berakhir pada 1 April 2022.