Kumpulan baharu Malaysian Standards diluluskan MITI

Iklan
Shaharul Sadri

SHAH ALAM - Sebuah kumpulan baharu Malaysian Standards (MS) yang dibangunkan Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) telah diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

Ketua Pengarah Standards Malaysia, Shaharul Sadri Alwi berkata, kelulusan semasa terdiri daripada 1 MS baharu iaitu MS 2705:2021 membabitkan panel berasaskan kayu serta had pelepasan formaldehid.

Iklan
Iklan

"MS ini ialah piawaian asli yang menyatakan had pelepasan formaldehid daripada panel berasaskan kayu termasuk papan gentian, papan partikel, papan lapis dan produk panel berasaskan kayu lain yang berkaitan.

"Ia juga akan dirujuk dalam peraturan teknikal yang dicadangkan mengenai had pelepasan formaldehid untuk panel berasaskan kayu di bawah peruntukan Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) (Akta 105),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Mengulas lanjut, Shaharul Sadri berkata, kelulusan juga terdiri daripada dua semakan dan lapan pengeluaran MS.

Menurutnya, ia akan menyumbang kepada terkumpul 4892 MS yang dihasilkan oleh Standards Malaysia setakat ini di bawah pelbagai sektor.

Iklan

"MS telah menjalani perbincangan yang teliti, prosedur ketat serta penglibatan awam untuk memastikan bahawa mereka memenuhi keperluan pihak berkepentingan, pengawal selia dan pengguna lain dengan tujuan untuk menegakkan keselamatan, kualiti, perlindungan alam sekitar serta kesejahteraan umum.

"Selaras dengan Akta Standard Malaysia (Akta 549), selain daripada menghasilkan MS baharu untuk memenuhi keperluan pasaran, Standards Malaysia sebagai Badan Standard Kebangsaan.

"Ia juga bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan MS seperti meminda, menyemak atau menarik balik MS sebagai diluluskan oleh Menteri dan kemudian diisytiharkan sewajarnya di laman webnya,” ujar beliau.